nuffnang1

cp

shlaynap

flashplay


transparency

background

hijri

S/T

t

peace

ATENGMABU

ATENGMABU
'Keris di atas batu, Air menjulang buih, seribu datang lalu, Berapa yang menoleh"

ATENGMABU

ATENGMABU
ATENG MABU

hello

SEMBANG DENGAN ATENG MABU

PILIHAN PENGUNJUNG AKU:

get this widget here

DP.SUKA HATI LAH APA YANG NAK AKU PAPAR KAN

Foto Saya
KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN, Malaysia

SAHABAT BLOG.

Bloggers.com

MABBU - Find me on Bloggers.com

SAHABAT NETWORKEDBLOGS.

DETIK MASA TETAP BERLALU.

malaysia

ARKIB BLOG:

Protected

Protected by Copyscape Originality Checker

home sweet home/koleksi aksesori

home sweet home/koleksi aksesori
(norliza mohamad)

VHERE

LARANGAN

Selasa, 30 November 2010

KOLEKSI PERIBAHASA MELAYU/SIMPULAN BAHASA DAN MAKSUD

sukahatilahapayangnakakupaparkan(mabu)

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

0 ULASAN ::

Catat Ulasan

lkw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

rhc

SELONGKAR BLOG:

Memuatkan ...

Paparan Halaman

web translator with flags

TRANSLATE SENDIRI:

Preview Blog Lain/ingat pesanan ini:

(PREVIEW BLOG LAIN) PENAFIAN DARI ATENG MABU: Segala apa-apa bentuk maklumat yang terdapat dalam blog ini adalah untuk tujuan peribadi semata-mata. Sebarang kerugian dan kerosakkan akibat dari maklumat diperolehi dari dalam blog ini, adalah tanggung jawab anda sendiri. (Kebanyakkan artikel yang dipaparkan adalah hakcipta ATENG MABU sendiri dan ada juga diambil daripada sumber luar dan merupakan hakcipta pihak yang berkenaan.) ATENG MABU TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB,Sebarang kerugian dan kerosakkan apa-apa juga, akibat dari maklumat diperolehi dari dalam blog ini, adalah tanggung jawab anda sendiri. (PESANAN DARI ATENG MABU) SEGALA APA YANG TERPAPAR DALAM BLOG INI SEMEMANG JELAS SUKA HATILAH APA YANG NAK AKU PAPARKAN. TERIMAKASIH.

PAPARAN AKU :

nuffnang3

flashplayer


kh

Perbuatan yang baik adalah ibarat memakai minyak wangi, keharumannya bukan hanya dibau oleh si pemakai tapi dapat juga di bau oleh orang disekelilingnya. Begitulah juga.. membuat kebajikan ibarat pengubat hati yang sedih. Dan jika kita tidak mampu untuk melakukan kebajikan kebajikan diatas, perkara yang paling asas ialah memberikan senyuman sebagai sedekah. Niatkanlah berbuat sesuatu kebaikan itu (bukan untuk mengharapkan orang membalas budi kita) tapi semata mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.

PAPARAN BLOG PILIHAN (A)

KM

"Tidaklah layak orang TAKUT pada risiko dikritik sebab seseorang TIDAK AKAN HINA dan jatuh harga dirinya kerana dikritik"..

kh mualalah..

(("mulailah dengan apa yang benar dan bukan apa yang boleh diterima".))

HDN

“Beramallah kamu sesuai dengan kemampuan mu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan (memberi pahala) sehingga kamu sendiri yang bosan beramal. Sedangkan amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara istiqamah (tetap) walaupun sedikit.” (HR.MUSLIM)

sn

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia selalu menghubungkan silaturrahim". (Sahih Muslim)

snsw

" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui tentangnya... Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati... semuanya itu akan diminta untuk bertanggungjawab...." Mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain.

hd2

FM/MABU

Loading...

FKL

PAPARAN BLOG PILIHAN (B)