S/T

t

mabu

mabu
MABU

shlaynap

hello

peace

kh

Perbuatan yang baik adalah ibarat memakai minyak wangi, keharumannya bukan hanya dibau oleh si pemakai tapi dapat juga di bau oleh orang disekelilingnya. Begitulah juga.. membuat kebajikan ibarat pengubat hati yang sedih. Dan jika kita tidak mampu untuk melakukan kebajikan kebajikan diatas, perkara yang paling asas ialah memberikan senyuman sebagai sedekah. Niatkanlah berbuat sesuatu kebaikan itu (bukan untuk mengharapkan orang membalas budi kita) tapi semata mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.

kh mualalah..

(("mulailah dengan apa yang benar dan bukan apa yang boleh diterima".))

KM

"Tidaklah layak orang TAKUT pada risiko dikritik sebab seseorang TIDAK AKAN HINA dan jatuh harga dirinya kerana dikritik"..

HDN

“Beramallah kamu sesuai dengan kemampuan mu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan (memberi pahala) sehingga kamu sendiri yang bosan beramal. Sedangkan amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara istiqamah (tetap) walaupun sedikit.” (HR.MUSLIM)
Loading...

sn

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia selalu menghubungkan silaturrahim". (Sahih Muslim)

snsw

" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui tentangnya... Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati... semuanya itu akan diminta untuk bertanggungjawab...." Mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain.

FM/MABU

DETIK MASA TETAP BERLALU.

FKL

IKUTI Bersama Email:

PILIHAN PENGUNJUNG AKU:

get this widget here

MABU

MABU
'Keris di atas batu, Air menjulang buih, seribu dagang lalu, Berapa yang menoleh"

hd2

SEMBANG DENGAN ATENG MABU

DP.SUKA HATI LAH APA YANG NAK AKU PAPAR KAN

Foto Saya
PINGGIRAN DELIMA HULU LANGAT, (SELANGOR DARUL EHSAN) (KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN), Malaysia

SAHABAT BLOG.

SAHABAT NETWORKEDBLOGS.

FACEBOOK ATENG MABU

Bloggers.com

MABBU - Find me on Bloggers.com

Twitter AKU:

SELONGKAR BLOG:

Memuatkan ...

TRANSLATE SENDIRI:

web translator with flags

Preview Blog Lain/ingat pesanan ini:

(PREVIEW BLOG LAIN) PENAFIAN DARI MABU MAHAT: Segala apa-apa bentuk maklumat yang terdapat dalam blog ini adalah untuk tujuan peribadi semata-mata. Sebarang kerugian dan kerosakkan akibat dari maklumat diperolehi dari dalam blog ini, adalah tanggung jawab anda sendiri. (Kebanyakkan artikel yang dipaparkan adalah hakcipta MABU MAHAT sendiri dan ada juga diambil daripada sumber luar dan merupakan hakcipta pihak yang berkenaan.) MABU MAHAT TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB,Sebarang kerugian dan kerosakkan apa-apa juga, akibat dari maklumat diperolehi dari dalam blog ini, adalah tanggung jawab anda sendiri. (PESANAN DARI MABU MAHAT) SEGALA APA YANG TERPAPAR DALAM BLOG INI SEMEMANG JELAS SUKA HATILAH APA YANG NAK AKU PAPARKAN. TERIMAKASIH.

rhc

ARKIB BLOG:

Paparan Halaman

PAPARAN AKU :

VHERE

Jumaat, 10 Februari 2012

PETUA MENGASIHI SUAMI.



sukahatilahapayangnakakupaparkan(mabu)

PETUA MENGASIHI SUAMI....

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda,suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. 10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda- tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

Selasa, 29 November 2011

BERSYUKUR DAN HARGAI PEMBERIAN SUAMI.


sukahatilahapayangnakakupaparkan(mabu)

Apa jua pemberian daripada seseorang sama ada berupa wang, barang atau seumpamanyalah...semua itu adalah tanda ingatan dan lambang kasih sayang. Apatah lagi ia adalah pemberian daripada seorang suami buat isteri. Apa pun bentuk pemberian, ia tetap membawa satu cahaya baru dan menyemarakkan lagi cinta dan kasih sayang.

Lebih-lebih lagi,jika ia disampaikan bersempena hari istimewa seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan atau meraikan sesuatu kejayaan. Satu pemberian itu tidak semestinya mahalkan? Asalkan ia diberi secara ikhlas, sudah cukup untuk mencipta kebahagian kepada kedua-dua belah pihak iaitu pihak pemberi dan pihak pemerima.

Realitinya kebanyakkan lelaki tidak begitu peka dan kurang bijak memilih pemberian untuk isteri. terutama dalam pemilihan pakaian. kalau tersalah pilih atau tidak menepati citarasa isteri takut tak nak pakai pulakkan? dan tanpa diduga akan menyinggung parasaan suami pula....padahal isteri bukan sengaja hendak menyinggung perasaan suami.

Jadi...apa yang isteri kena lakukan adalah adalah menerima dan menghargai, walaupun pemberian itu bukan yang kita inginkan. tetapi apa yang penting mewujudkan perasaan bangga dihati suami serta membuatkan suami merasa gembira seperti......

@ menerima pemberian suami dengan penuh kesyukuran, penuh minat dan penuh bangga

@ mengucapkan terima kasih dengan ikhlas dengan wajah yang gembira

@ jangan merungut dan mengkritik pemberian itu, walaupun kita tidak menyukainya

@ jangan terlalu memikirkan nilai zahir, yang penting nilai ingatan dari suami

@ mendoakan suami semoga diberkati dan dimurahkan rezeki

@ menjaga dengan baik apa jua pemberian suami

Macam mana boleh kita lakukan sama-sama...InsyaAllah......semoga kita sentiasa diberkati dan sentiasa bahagia Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

flashplayer